KL Standard Chartered Marathon 2009 – My first entry ever – 10KM

aku pun tak tau apa yang membuatkan aku register. Aku rasa, sbb sub-concious aku dah set yg aku nak masuk any larian punya event, spt marathon, larian amal, etc. Sedangkan sebelum ini..aku hanya berjoging2 biasa. dekat tasik taman jaya, atau padang timur yg kedua-duanya dekat dengan ofis aku. Cuma ada sekali masuk MPC-Spring Game 2008, tapi tak menang la. geng2 singapore tu power..time tu aku tertanya2 kenapa aku tak boleh lawan depa..apa yg membuatkan depa jauh ke depan. Even MPC belum pernah menang dgn Spring sejak game tu diadakan.

Sekarang nie..bila aku dah daftar KL Standard Chartered Marathon 2009 bagi kategori 10KM, aku nak masuk level yang berikutnya. sebelum nie aku belum pernah lari sejauh 10KM. aku rasa, dalam 4 round taman jaya tu..baru 4 – 5KM la kot. itu pun sekali je aku buat..lepas tu yg regular, 2 round saja.

So, aku follow schedule by Hal Higdon (http://www.halhigdon.com/books/bio.html) untuk 10KM punya training. tapi aku ubah schedule tu ikut aku punya kesesuaian. banyak term2 baru yg aku belajar dari youtube, pacesetters (http://www.pacesetters.com.my/), blog2 pelari marathon, etc.

20hb Mei 2009

Ku start latihan aku. buat pertama kali..aku nak lari dalam masa sejam..sebelum nie..aku hanya pernah lari 20 minit je kat tasik taman jaya tu. so..aku gi kat KLCC park..tengok time aku start lari..then stop 1 hour kemudian. saja nak tengok berapa round aku boleh pi. nie sebagai experimen la. hasilnya?  1 jam, 6 round KLCC park, dalam 7.2KM (1.2KM/round)

21hb Mei 2009

Hari nie buat Stretch & Strength. ikut dalam jadual latihan Hal Higdon. lagipun..smlm dah lari gila2 penat..sakit habis badan2 hari nie..haha..gi keje pun jalan kaki sakit2 sket.

22hb Mei 2009

Hari nie nak test tempat baru la pulak..try gi Taman Metropolitan Kepong. 1 round = 3.65KM. aku lari 2 round.. 7.2KM dalam masa 55 minit.penat oo..half round ke-2 tu..rasa tak tahan..aku terpaksa berjalan sekejap..pastu lari balik..pastu jalan kejap.. (dalam hati rasa mcm nak quit..tapi sub-conscious kata kalau nak masuk marathon.. training ini adalah perlu !)

23bh Mei 2009

Hari nie, Cross Training. aku punya cross training, latihan kawad utk perbarisan sempena Sukan Inter-Agensi MITI 2009. 8.30-11.30. ok la tu 3 jam kawad (campur time rehat la..haha).

24hb Mei 2009

Harinie pagi2 lagi aku dah kuar rumah..first time gi Lake Garden utk attend 2nd Running Clinic – How to Prevent Injury. first time juga aku involve dengan runner lain dalam satu majlis. rasa kekok skit laa..dah la takde kawan..buat2 cool je.. pastu try lari dengan Mark William.. aduh..sempat follow half round je..lepas tu pancit..haha. tapi aku habiskan 2 round Lake Garden. so, 4.6KM. masa aku tak ambik.. nie just larian utk clinic nie..just nk stamina sket.

Habis la minggu pertama aku train. aku ada dalam masa 5 minggu setengah je. walhal schedule Hal Higdon tu, 8 week for 10KM (Novice runner). lantak la..aku buat cara aku dah la.. nk wat camne, dah 6 minggu je aku ada. haha. xpe, aku ambik satu quote nih, “In Marathon, 90% Will Power, 10 % Leg Power”.. cheewah..mcm principle 90-10 je. boleh la tu..dua-dua pakai.

25hb Mei 2009

Masuk minggu ke dua training. Kepong, 7.3KM, 45 minit..satu peningkatan utk diri aku..dan aku dah tak berjalan.. berjaya lari dari mula sampai habis 2 round. cuma muka aku merah habis..peluh mencurah2..kalau tak ambik nafas dalam2 lepas habis tuu..boleh pengsan beb..haha.

26hb Mei 2009

Stretch & Strenghten.

27hb Mei -  3hb Jun 2009

Aku rest, sbb buat slide utk ICC punya pasal. Lepas tu, mcm2 hal ada. appointment injection zufayri la, then balik kampung la 5 hari..yang membuatkan 8 hari berturut2 aku tak traing langsung utk larian. masalah nie..aku forsee aku kena train hard la lepas balik cuti nie.. dah train laju2, kena stop pula..so nak start bali kena start dari bawah.

4hb Jun 2009

Start balik training lepas cuti 8 hari. Kepong. Asalnya aku target nak lari 2 round maintain mcm selalu..tapi mungkin hari nie hari pertama lepas cuti..ataupun salah minum ke ..makan ke.. baru half first round aku rasa sakit ulu hati. aku try lari slow2 tapi sakit tu tak hilang..terpaksa la jalan..then lari sikit ..sakit balik, kena jalan balik.. so overall just complete 1 round sj (3.65KM) dlm masa 23min. aku pikir2 balik apsal sakit ulu hati..bini aku kata angin kot. possible jugak. selalunya, 1 hour sblm lari aku akan minum sebotol air mineral (500ml). tapi hari nie aku minum 250ml 100plus (satu tin), the  250ml air mineral. mungkin air gas 100plus tu kot penyebabnya. apa2 pun, harapnya esok ok.

5hb Jun 2009

Nasib baik hari nie tak sakit dah. aku minum mineral je tak minum 100plus dah sblm lari. lepas lari takpe. berjaya 2 round.. aku just harap jangan lambat dari masa aku sblm nie, 2 round 45min. so, result, ada improve sikit, 44min 24sec.

6hb Jun 2009 (sabtu)

petang aku gi Lake Garden, bawa anak2 bini sekali. aku lari satu round saja (sbb hari dah petang pukul 7..smpai lewat sbb aku salah jalan nak masuk..haha)

7hb Jun 2009 (ahad)

Pagi2 dah siap2 nak gi lagi Lake Garden. Kali nie sure tak silap jalan mcm smlm dah. Tapi sampai2 je, nk masuk parking mcm xblh je, ada kon tutup jalan..yg ada cuma jln nak keluar je. Parking penuh kot? so, cari la tempat lain.. ada nampak satu deret kereta parking tepi jalan. aku pun follow..sbb ada satu kosong. Tapi malang tak berbau..kena saman ngan DBKL, unit berkuda. Kuda pun pandai saman org ye skg nih. aku ingat hari ahad depa cuti..tapi kena jugak. ok lah, itu pengajaran utk hari nie.

No Responses to “KL Standard Chartered Marathon 2009 – My first entry ever – 10KM”

  1. [...] di sini aku hendak membuktikan kata-kata “In Marathon, 90% Will Power, 10% Leg Power” (kata-kata yang sama aku gunakan untuk first entry aku utk SCKLM [...]

Leave a Reply